WELCOME TO MY BLOG


widget

Tuesday, 16 June 2015

WELCOMING RAMADHAN :)


HELLO GUYS... Do you realise that Ramadhan will coming soon??? Are you ready for it??? Sesungguhnya bulan Ramadhan yang penuh rahmah dan barakah ini dirindui oleh setiap insan yang beriman, So,  what are our preparation for it? Persediaan??? Persediaan apa ye?
So, here ana akan kongsikan 30 MENU LAZAT sepanjang bulan Ramadhan. Yummy... :)

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat terawih minima 20 rakaat setiap malam.
3. Solat witir minima 3 rakaat semalam.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari. 
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar Ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasiq.
15. Hindari diri daripada aktiviti lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 100 kali dalam sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubungkan silaturrahim.
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tetapi kenyataannya bertelanjang).
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran, dan hati dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih-lebihan mahupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan solat-solat sunat rawatib.
25. Belajar untuk kawal marah dan didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah dikala senang mahupun susah.
27. Menjaga ikhtilat.
28. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
29. Berusaha untuk solat fardhu di awal waktu.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah dalam setiap perbuatan kebaikan yang kita lakukan tanpa mengharapkan balasan. 

Enak bukan juadah Ramadhan kita kali ini? Semoga ia menjadi santapan untuk kita bukan hanya sepanjang bulan Ramadhan malah bulan-bulan lain juga kekalkan lah santapan ini supaya hidup kita lebih dilimpahi berkah dan rahmat Allah SWT didunia dan akhirat. Banyak???  Kata ulama, 

" Jika kita tidak mampu untuk melakukan sesuatu kebaikan dengan sempurna, jangan kita meninggalkan kesemuanya..lakukanlah sekadar yang termampu"

Semoga kita semua berjaya untuk melakukan at least satu dari menu di atas pada bulan Ramadhan nanti kerana apa.. kerana...


Dan kalau boleh kekalkan ia sepanjang hayat kita dan berusaha untuk menambahkan menu tersebut dalam diet harian kita dari hari ke hari sebagai santapan rohani kita. 


Hadirkan Allah di dalam hati, 
berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin 
seolah -olah inilah Ramadhan terakhir kita. 


Selamat menunaikan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain. :)


Brought to you the song of welcoming Ramadhan. Happy to hear it!




Title Song : Marhaban Ya Ramadhan
Singer : Opick
Source : Youtube

2 comments: