WELCOME TO MY BLOG


widget

Saturday, 9 May 2015

PSM Oh PSM!!!





Hai semua.. Di sini ana ingin kongsikan kisah ana semasa ana menghadapi konflik dengan projek tahun akhir ana.. ataupun dikenali sebagai Projek Sarjana Muda (PSM). PSM ni ada dua stage iaitu PSM 1 dan PSM 2. PSM 1 ana ambik sewaktu ana tahun 3 semester 2 yakni semester 6. Whereas masa semester 7, ana  ambik PSM 2. PSM 1 ni senang sikit sebab kita just kena buat proposal and tulis thesis je untuk research kita. Tapi jenuh jugak laa nak siapkan. Nak2 bila ana hadapi big problem..
Ana dah gigih buat awal2.. taip awal2..dah banyak pages dah jugak ana taip.... sekali lappy ni problem pulakkk.. dah berat sgt.. Ana pun dengan yakinnya nak format.. Tapi ana suruh owner kedai lappy tempat ana nak format lappy tu buat back up la. Save important file.

One day, masa ana nak pegi ambik balik lappy ana..jeng3... guess what.. Owner tu bleh bagitau ana yang dia tak dapat nak back up file ana atas alasan apa pun ana dah lupa. Punya lah bengang ana. Nak marah pun benda dah jadi. Haihh...salah ana jugak sebab tak save kat tempat lain dulu. So guys.. please, jangan jadi macam ana. Buat back up dulu sebelum format lappy korang. Save la kat email ke, kat FB ke, kat dropbox ke or anything else. Time tu tak de la plak ana terfikir nak buat benda ni. Semua yang ana buat selama ni sia-sia je lah. Ana kena buat balik la. Nak nangis pun ade. Tapi kalau nangis pun. tak mungkin thesis ana tu ada balik. Tapi alhamdulillah, ana teringat yang ana ada sent thesis ana kat supervisor (SV) ana via email. Tapi yang tu tak banyak sangat macam yang hilang tu la. Tapi at least, lega sikit hati ana. Tak adalah ana nak kena start dari awal. Berkat usaha dan ujian yang ana hadapi, serta doa family dan kawan2.. Allah berikan rezeki kepada ana. Ana dapat A solid untuk PSM 1. Ana happy sangat sebab selepas apa yang terjadi pada ana, ana berjaya juga. Terima kasih Tuhan.

Ok, tu konflik pertama dengan PSM 1. Konflik kedua berlaku waktu PSM 2. PSM 2 ni adalah kesinambungan dari PSM 1. Tadi ana bagitau PSM 1 just tulis proposal and thesis, tapi untuk PSM 2 kita kena buat eksperimen untuk research kita tu. Kita run eksperimen tu alone. Susah tak payah nak cerita la. Mana nak faham dengan eksperimen kita tu, nak guna equipment kat lab pun satu hal. Leceh laa.. Dah laa eksperimen ana tu ana start lambat. Sebulan kot ana delay eksperimen ana atas sebab raw material ana susah nak dapat. Memang susah laa nak dapat sebab ana pakai buah manggis kot sebagai raw material untuk eksperimen ana. time tu pulak musim buah manggis baru je habis. Ana tak sangka la memang dah betol-betol habis secepat tu. Masa musim dia berbuah tu time tu ana tengah praktikal. Mana start lagi eksperimen. Ana bajet ada lah lagi. Rupa-rupanya memang habis. Puas satu kedai buah dan pasar malam kat Kuantan ni ana cari.. tapi tak ada. Kesian kawan ana sebab kena bawa ana pergi cari buah tu kat merata rata kedai. Yang paling menyedihkan bila dua buah kedai, owner tu cakap... " Adik tak payah cari la buah manggis tu. Memang satu Pahang dah tak ada. Dah habis musim dia". Waarghh... masa dengar owner kedai tu cakap macam tu, rasa nak gugur jantung ni.. betapa kecut perut, risau dan bermacam macam lagi perasaan yang ada waktu tu. Selepas kejadian tu, macam tak ada harapan dah untuk ana nak siapkan eksperimen PSM 2 ana ni.

Namun, segalanya berubah apabila ada seorang kawan ana ni, dia cakap dia akan tolong ana carikan buah manggis tu. Dan ada sinar harapan apabila dia memberitahu ana yang ada sikit lagi sisa sisa buah kat kampung dia kat Kelantan. Kebetulan pulak, family dia nak datang kat universiti kami sambil sambil nak bercuti kat Melaka. So, mak dia tolong lah bawakkan buah manggis tu untuk ana. Memang besar laa jasa kawan ana dan keluarga dia. Tak akan mampu ana balasnya dan ana akan ingat sampai bila-bila. Dan dengan adanya buah manggis tu, dapatlah ana carry on eksperimen ana. Tapi memang dah lambat la ana start. Konflik yang ana hadapi lepas ana dah buat eksperimen tu, ana rasa tak confident dengan apa yang ana buat. Nak-nak bila semua method kena tukar sebab dah kesuntukan masa dan kekurangan bahan dan alat. Sehingga lah tiba satu saat, ana rasa down dan fed up. Ana tak nak teruskan. Ana nak extend PSM ana untuk semester seterusnya. Even ana tahu, rugi dan ana mesti susah semester depan sebab bertambah pulak kredit hour ana. Keputusan ana nekad. Ana dah pun bagitau kat SV ana. Dia tak membangkang. Sebab dia tak nak presssure ana. Dia cakap buat apa dia pressure ana kalau ana sendiri dah tak nak. Tapi dia try juga nasihatkan ana supaya fikir masak2. Ana buntu sangat waktu tu. Sehinggalah terhasilnya nukilan ni:


Berat...
Berat untuk aku membuat keputusan
Segala perkara harus dititiberatkan
Semua perasaan harus dipertimbangkan
Bukan senang...
Pengorbanan yang telah aku lakukan
Selama ini terpaksa di sia-siakan
Hanya menjadi kenangan dan pedoman
Untuk hari mendatang.

Masa, tenaga
Berlalu begitu sahaja
Mungkin ada suara-suarayang akan membangkang
"Sayang..dah alang-alang..."
"Teruskan sahaja.."
Namun, apalah guna jika aku sendiri tiada kekuatan
Tidak mungkin aku gadaikan masa hadapan
Hanya kerana masa lampau.

Aku punya perancangan
Engkau juga punya perancangan
Kita semua punya perancangan
Dan Allah juga punya perancangan
Namun perancangan Allah jugalah yang terbaik
Kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.

Mungkin Tuhan ingin berikan aku rezeki yang lumayan
Namun usahaku tidak setimpal
Lalu Tuhan berikan aku peluang
Untuk aku betulkan kesilapan
Harapanku semoga aku teguh dan kuat harungi kehidupan.



Ana nekad dengan keputusan ana. Ana mahu extend PSM ana. Ana berdoa semoga keputusan ini adalah yang terbaik untuk ana dan diredhai oleh Allah. Study week makin hampir. Kurang dari seminggu sahaja lagi. Ana bercadang untuk balik sewaktu study week untuk tenangkan hati yang gundah gulana. Kawan ana dengan baik hatinya telah tolong ana membelikan tiket bas untuk ana pulang ke kampung. Namun, masalah berlaku lagi apabila ana dapat tahu yang tarikh untuk withdraw subject telah tamat dan dengan kaedah pembayaran RM50 untuk withdraw satu subject juga telah tamat. No more compromy. I have to switch the plan. I need to carry on the PSM by hook or by crook or else, in my transcript.. there will be state (failed) for PSM. No!!! Ana tak boleh biarkan ana dapat failed even nanti ana boleh repair subject tu. Ni bukan subject biasa-biasa. Ini adalah research ana. Projek tahun akhir ana. Plan untuk balik ke kampung ana terpaksa cancel untuk ana siapkan eksperimen ana waktu study week nanti. Ana terpaksa teruskan even hati ana berat sangat untuk lakukannya. Namun ana kuatkan juga semangat ana. Tiket bas memang burned macam tu je lah.

Sedih tak payah nak cakap. Masa ana tengah buat eksperimen pun ana nangis teresak-esak sebab hati ana memang meronta-ronta nak balik ke rumah. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Seharian ana nangis. Cukup seminggu, eksperimen ana berjaya siap. Alhamdulillah. Ana sebenarnya cuak waktu presentation tu. Ana takut ana tak dapat nak jawab soalan panel dan takut research ana tu salah. Namun, segalanya ana terpaksa lalui juga. Akhirnya segala debaran ana tamat. Presentation tu tak de lah teruk sangat dan tak de lah bagus sangat. But alhamdulillah, ana berjaya harunginya. Keputusan keluar sewaktu cuti semester. Namun ana rasa cuak untuk check keputusan ana. Bukak semester baru, barulah ana ada kekuatan untu lihat keputusan ana. Keputusan untuk PSM tidak seperti apa yang ana mahukan. Namun, ana bersyukur sebab tidaklah seteruk yang ana bayangkan. Alhamdulillah. 

Bukan itu sahaja, even ana rasa amat sukar dan perit untuk siapkan PSM 2 ana, SV ana masih memberikan ana peluang untuk ana gain knowledge and experience. She offered me to participate in Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREx) anjuran jabatan alumni universiti ana yang mana CITREx ni adalah pertandingan exhibition researchers kat universiti ana. Tak kira pelajar atau staff. Akan ada dua kategori which is satu untuk student satu lagi adalah staff. Kami akan dinilai melalui exhibition kami dan explaination yang kami ceritakan kepada ahli panel. Ada dua panel yang akan memberikan markah kepada exhibition kami tu. Cuak juga masa nak join. Sebab bukan pertandingan biasa jugak. Ia melibatkan semua student dan staff tak mengira fakulti. Semua fakulti ada. Tapi sebab ana inginkan pengalaman, ana setuju nak joined. Ana tak mengharapkan kemenangan pun. Even SV ana sendiri cakap kalau tak menang tak apa, kalau menang tu rezeki. Dia just nak ana have the experienced dalam pertandingan macam ni. But, orang cakap tuah ayam nampak di kaki..tuah ana Tuhan je yang tahu.. Hasil dari pertandingan tu..

Taraaa.... 




Sijil dan medal ana

Walaupun tidaklah berjaya meraih gold medal.. at least ana berjaya juga dapatkan medal even bronze je. Alhamdulillah. Kenyataan sebenar pun, bukan sijil atau medal yang benar-benar diinginkan, tetapi pengalaman. Ana mahu cipta setiap memori sepanjang ana berada di universiti ni. Tak kira memori duka atau suka. Kerana memori inilah yang akan ana rindui dan kenang kelak. Memori ni lah yang akan ana ceritakan kepada anak cucu ana nanti. In shaa Allah. :)

So, apa yang kita boleh dapat dari kisah ana ni:

1. Jangan mudah putus asa walaupun beribu masalah yang dihadapi. Do not ever to give up. 

2. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Macam kes pencarian buah manggis tu lah. Even dah cari kat banyak kedai dan tidak ada, at last ada juga yang sudi tolong bawakkn dari Kelantan. So, kalau kita ada masalah jangan bimbang, pasti ada cara penyelesaiannya. Cuma cepat atau lambat je. Yang mampu kita buat ialah usaha lebih lagi, bersabar dan berdoa je pada Allah SWT. Have faith that Allah will help us as long as we have efforts.

3. Jangan rasa kita tidak layak atas alasan kita tidak faham atau tidak tahu. Kalau tidak faham atau tidak tahu, belajarlah. Jangan lepaskan peluang yang ada untuk kita cari ilmu dan pengalaman. Grab the chance! Because to have a second opportunity is very rarely. 

4. Lakukanlah sesuatu dengan ikhlas. Kerana keikhlasan itu penting untuk menentukan kejayaan kita. Apa lah guna lakukan kebaikan kalau kita tidak merasa ikhlas. Sebagai contoh, ana agak berat hati untuk teruskan eksperimen ana sebab ana dah putus asa. Ana sepatutnya lakukan dengan ikhlas dan redha dengan ketentuan untuk ana. Barulah ana tenang hadapi semua masalah.

5. Jangan pandang masalah sebagai satu bebanan. Tapi pandanglah masalah itu sebagai peluang. Peluang untuk kita lebih berusaha dan mengkaji untuk mencari jalan keluar. Untuk kita berfikir dengan lebih jauh dan mendalam. Believe that the problems will bring benefits to us one day. As people say, there is silver lining after every dark cloud. Macam kes ana, ana have to face sorts of problems but at the end Allah gave me rizq. He gave me best result for PSM 1 and 2, and I also succeed to get bronze medal. 



No comments:

Post a Comment