C.I.N.T.A
Bila disebut tentang cinta...
Cinta yang BENAR,
Adalah cinta yang tak akan,
membuatkan sang pencinta ke jalan yang salah.
Cinta yang SEJATI,
Adalah cinta yang membuatkan pencintanya,
Tidak lupa pada sahabat-sahabat.
Cinta yang HALAL,
Cinta yang SETIA,
Tak akan membiarkan pencinta mencurangi pasangannya.
Cinta yang BERMARUAH,
Adalah cinta yang tak akan mengkhianati kepercayaan keluarga.
Cinta yang SUCI,
Tidak akan sesekali membelakangi agama sendiri.
Cinta yang HAKIKI,
Cinta yang sukar dicari,
Kerana ia adalah cinta pada Allah merentasi cinta yang lain.
Cinta ABADI adalah cinta pada Illahi,
Dari azali hingga di hidupkan kembali selepas mati.
Cinta adalah perasaan kasih sayang yang hadir dalam diri setiap makhluk yang bernyawa. Kasih sayang bukan saja wujud dalam diri setiap manusia, bahkan dalam diri haiwan juga. Sebagai contoh ibu haiwan tahu membesarkan dan menjaga anaknya. Mereka tidak tegar membuang atau meninggalkan anak mereka sendiri. Terbukti, rasa kasih dan sayang itu ada dalam diri si ibu haiwan terhadap anaknya. Malah, dunia hari ini sudah terbalik. Berapa ramai manusia membuang anak mereka sendiri, berapa ramai yang sanggup berbunuh-bunuhan. Sudah tidak ada lagikah nilai kasih sayang dan prihatin dalam diri mereka? Kemana hilangnya sifat-sifat yang sepatutnya ada dalam diri manusia yang dianugerahkan hati dan perasaan dan juga akal fikiran untuk berfikir baik buruk sesuatu perkara. Cinta itu suci kerana ia adalah anugerah perasaan yang terindah dari Allah kepada hambaNya. Allah hadirkan rasa cinta itu adalah pertama-tamanya supaya hambaNya itu tahu yang Allah itu mengasihi dan menyayangi semua makhluk di muka bumi ini. Malah dalam 99 nama Allah juga (Asma ul Husna) kalimah pertama dan kedua ialah Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang berarti Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah ingin hambaNya tahu bahawa Dia kasih dan cinta kepada makhluk-makhlukNya walaupun makhluk tersebut tidak menghamba dan mengabdikan diri kepada Nya. Contohnya, orang kafir dan orang fasiq tetap diberikan kenikmatan seperti nikmat kesihatan dan nyawa, nikmat kemewahan hidup dan sebagainya walaupun mereka tidak menyembah Allah dan mempersekutukan Allah. Pada setiap perbuatan harian kita, kita disunatkan memulakan dengan lafaz "Bismillahirrahmannirrahim" malah di awal surah dalam al-Quran juga dimulai dengan kalimah tersebut yakni yang bermaksud, Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana Allah mahu kita tahu disetiap helaan nafas kita dan di setiap pekerjaan yang kita lakukan, Dia menyayangi kita. Kerana itulah pintu taubat sentiasa terbuka kepada hamba-hambaNya selagi matahari tidak terbit dari arah Barat, selagi kiamat belum tiba.
Keduanya, Allah titipkan perasaan kasih dan sayang dalam diri insan terutamanya ialah untuk manusia memakmurkan dan menguruskan bumi dengan penuh kasih sayang dan tidak menzalimi sesama makhluk. Manusia diberikan keistimewaan untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini kerana manusia mempunyai akal fikiran serta hati dan perasaan. Berbeda dengan haiwan yang hanya memiliki naluri kasih sayang namun tidak punya akal fikiran. Jadi sewajarnya manusia menggunakan naluri kasih sayang itu untuk mentadbir bumi ini supaya penghuninya hidup aman dan berkasih sayang. Kasih sayang itu tidak tertumpu kepada sesama manusia sahaja. Ia merangkumi semua hidupan tidak kiralah manusia, haiwan dan tumbuhan. Manusia tidak boleh melakukan sewenangnya terhadap alam sekitar dan melakukan kezaliman terhadap haiwan. Apatah lagi menzalimi sesama manusia sehingga bunuh membunuh dan sebagainya. Hidup amat indah bila adanya cinta. Manusia semuanya hidup dalam berkasih sayang, tidak akan ada kebencian, tidak akan berlaku kezaliman, tidak akan wujudnya peperangan dan pembunuhan. Cinta itu tidak pernah sesekali salah, namun manusia yang menyalahgunakan perasaan cinta itu dan membawa ke jalan yang salah. Cinta itu tidak pernah buta, tapi manusia lah yang sebenarnya buta hati untuk menilai cinta sebenar anugerah Illahi.
SPREAD THE LOVE
Kata seorang ulama' : Islam ini adalah agama cinta. Seorang muslim tidak akan merasai kemanisan iman jika tidak merasai kehangatan cinta Allah
#letspreadthelove
#love.respect.humble
#love.laugh.live
#isihatimujahidin


=)
ReplyDelete