Tuhan gagahkan aku untuk semua,
Tuhan kuatkan aku untuk semua,
Kerana ini yang tak henti aku rintih dalam setiap bicara doaku,
Untuk seterusnya aku perjudikan pada takdir.
Perjuangan memang pahit. Jalan untuk seorang pejuang itu bukanlah jalan yang ditabur bunga kanan dan kiri, tapi di sepanjang perjalanannya akan bertaburan duri yang tajam menikam. Hati seorang pejuang itu selalu dihiris dan diguris. Penawarnya cuma satu, cinta pada ILLAHI itulah yang akan menjadikan kita kebal menghadapi tribulasi ujian hidup ini. :')