Alkisah ada seorang wali Allah telah bermimpi berada di tanah perkuburan. Wali tersebut terlihat ahli-ahli kubur pakat dok mengais-ngais rumput seperti mencari sesuatu. Tiba-tiba beliau ternampak ada seorang ahli kubur yang sudah berusia
sedang duduk berehat di atas kuburnya sendiri. Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada ahli kubur tersebut.
sedang duduk berehat di atas kuburnya sendiri. Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada ahli kubur tersebut.
Wali: Pak cik, kenapa pak cik sedang duduk berehat dengan tenang sedangkan ramai ahli kubur yang lain sedang mengais-ngais rumput di situ.
Orang tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yang masih muda di pasar tersebut. Penjual daging itu adalah saudara ku sendiri.
Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya, wali itu pun berjumpa dengan penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca al-Quran, Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.
Wali: Assalamualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.
Penjual daging: Waalaikumussalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?
Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?
Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.
Wali: Aku terlihat bapamu di dalam mimpiku. Dia tenang di sana. Apa yang kau lakukan untuk ayahmu wahai anak muda.?
Penjual daging: Aku membaca al-Quran dan aku berdoa kepada Allah. Jika bacaanku itu mendapat pahalaNya aku sedekahkan pahala itu kepada ayahku.
Wali: Kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-ngais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala pak cik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya khas untuknya.
Info dari: Whatsapp group :)
Mesej yang ingin disampaikan dalam kisah ini ialah anak-anak seharusnya memperbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa, saudara mara yang telah pergi untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Selalu jugalah menyedekahkan pahala kebajikan yang kita lakukan untuk mereka kerana mereka tidak mampu lagi untuk beramal melainkan kita anak-anak dan saudara mereka yang mewakili mereka untuk melakukannya. Tidak kah kita kasihan akan mereka.. Ibu orang yang lahirkan kita, yang jaga kita... Ayah, orang yang bersusah payah mencari nafkah untuk besarkan kita.. makan, pakai, pelajaran sehingga kita berjaya..sehingga kita dewasa. Mereka bersusah payah besarkan kita, korbankan segala-galanya untuk kita. Banyak bakti mereka kepada kita. Namun, apa jasa kita pada mereka? Jangan hanya sayang mereka ketika mereka ada di samping kita. Sayang lah juga mereka bila mereka tiada. Doakan mereka.. kerana doa anak akan sampai kepada ibu bapa mereka. Terutama doa anak lelaki. Pesanan untuk ibu bapa atau bakal ibu dan bakal bapa pula, ingatlah...didiklah anak-anakmu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Yang boleh membantu kamu ke syurga. Ingat... Pabila meninggalnya seorang anak adam itu, hanya 3 perkara yang akan mengikutmu iaitu, yang pertama amal jariah, yang kedua ilmu yang bermanfaat yang diajarkan dan yang ketiga ialah doa anak yang soleh.
#islamisthebestwayoflife
#loveyorself
#loveyorfamily
#loveothers
#spreadthelove
#spreadthekindness



No comments:
Post a Comment