(KATAK & AHLI BIOLOGI) - PART 1
FAHAM tak dgn tajuk ini?? Berfikirlah walau sesaat..ini tentang berfikir sebagai satu mekanisme untuk mencemerlangkan lagi minda kita atas teori berfikir menghidupkan sel2 neuron apabila mencetuskan sinaps yang menyambungkan antara satu neuron dengan neuron yang lain dan akhirnya membentuk lingkaran..berfikir membawa kita ke alam intelektual..Berfikir memberi peluang kepada kita menjauhkan diri dari martabat kehaiwanan,sebab hanya kita yang mampu berfikir dan membuat timbang tara yang sesuai. Haiwan tidak berfikir ,tindakannya dibauri indera2 yang di anugerahkan ALLAH S.W.T kpd mereka. Mereka ni ada instinct jauh lebih besar
berbanding manusia tapi instinct mereka terbatas sebab itu meskipun mereka boleh memilih antara makanan dengan najis misalnya,tapi mereka tak tahu bagaimana menyediakan makanan itu sendiri. Kita kan lain,kita makan satu benda tu tak sedap timbul pula idea dalam otak kita nak sedapkan makanan tu.kan??
NI NAK CERITA PASAL SATU KISAH TENTANG HAIWAN YANG ADA INSTINCT DENGAN MANUSIA YANG OTAK BRILIANT,DENGAN SIFAT KEHAIWANAN DAN SIFAT KEMANUSIAAN.
Semua ini ada kaitannya dengan dgn kebodohan ,kecerdikan.Tapi inilah jadinya bagi orang yang malas nak berfikir,buat main2 dengan aktiviti berfikir.
Ceritanya macam ini,......
Suatu hari ada seorang ahli biologi yang membuat kajian terhadap hidupan dua alam.Suatu hari dia mengkajilah seekor katak. Makin dia perhatikan si katak ini hatinya makin hairan, makin dia tertarik nak tahu kelebihan2 katak. Fikir punya fikir,lalu ahli biologi ini pun buatlah eksperimen.Dia nak tahu katak sebenarnya kalau dia melompat sejauh mana dia boleh pergi? Jadi , dia letak katak itu ke atas meja dan sergah katak tu. Katak terperanjat dan lalu melompat/terlompat sejauh 160cm. Jarak itu di catat oleh ahli biologi tu dalam buku catatannya. Kemudiaan dia termenung lagi.Dia berfikir "katak boleh melompat sejauh itu sebab dia ada empat kaki,cuba kalau katak itu ada dua kaki apa jadi??"
Dia pun potonglah kaki katak itu yang sebelah depan.Lepas itu dia letak atas meja semula lalu sergah.''LOMPAT!!" Katak walaupun dalam keadaan sakit da dengan keadaan yang tak cukup kaki nak melompat ,melompat jugalah. Bersusah payah si katak itu nak melompat.
Jadi jarak yg diperoleh kurang banyak dari sebelumnya cuma dapat 60cm.Ahli biologi berfikir lagi " kalau katak ada kaki dua masih boleh melompat sejauh ini, apa macam kalau dia tak ada kaki langsung??Boleh ke dia melompat??"
Tengoklah bukan main bagus dia fikir..huhu
Nak di jadikan cerita dia pun potonglah kaki katak yang balance tu. Lepas tu dia letak katak tu atas meja dan sergah katak tu.."LOMPAT!!LOMPAT!!LOMPAT!!..
Katak tak melompat.
"Nak melompat macam mana kaki tak ada.Bangang punya ahli biologi." kata katak dalam hati.
Bila katak tak melompat ahli biologi berfikir lagi dan dia pun menulis dalam buku catatannya,
"katak kalau dipotong kaki ye dia jadi pekak!!"
<end>
Cuba anda berfikir,apa maksud di sebalik cerita ini???? Apa kaitan nya dgn berfikir utk menambah keintelektualan,berfikir sebagai ibadah,berfikir sebagai asas kecermerlangan,berfikir sebagai proses menghidupkan lingkaran kepintaran.
Cuba fikir kenapa ahli biologi tu sanggup @ sampai hati buat macam tu pada katak tu?? Dan fikir apa katak fikir tentang ahli biologi itu??
sELAMAT BERFIKIR...(^_^)
MUTIARA KATA:
BARANG SIAPA YANG TIDAK MAHU MAJU DALAM MENCARI ILMU,MAKA JIWANYA SEUMPAMA LAMPU YANG KEHABISAN MINYAK,MAKIN LAMA MAKIN MALAP, DAN KEMUDIAAN MENJADI GELAP.
DR HM TUAH
Sharing from JUe Azis



No comments:
Post a Comment