WELCOME TO MY BLOG


widget

Saturday, 11 April 2015

SIAPA DIA SAAT KITA TIADA






Tak semua kawan itu dikatakan benar-benar seorang sahabat. Macam mana kita nak tahu sahabat itu benar-benar seorang sahabat? Kita dapat lihat 'siapa dia' tatkala kita dalam kesedihan dan kesusahan, . At that time, we can see the true colors of him/her. Bila kita ada berbuat kesilapan, lihat sikapnya dengan teliti, adakah aib kita akan dibukanya atau dia berusaha menutup rapat-rapat. Apakah dia setia bersama kita, menyebelahi kita, menasihati kita secara baik saat kita lakukan kesalahan, dan tidak meninggalkan kita saat orang lain
pergi meninggalkan kita. Dan bagaimanakah dia membuktikan sayangnya pada kita kalau sekadar berkata tiada guna jika yang ditunjukkan ternyata berlawanan apa yang sering dituturkan dan lebih teruk jika mereka membuatkan kita terjerumus ke neraka. Waktu ini, berkawan sampai syurga tiada maknanya.  




Sewajarnya kita harus berhati-hati dalam hal berkawan. Bukan pasangan hidup sahaja yang harus dipilih, malah kawan juga harus dipilih. Memilih bukan bererti cerewet tapi untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat kerana dengan siapa kita berkawan itulah sikap kita yang sebenar kerana sedikit sebanyak sikap kita akan dipengaruhi oleh mereka yakni dengan siapa kita berteman. Andai baik teman yang dicari maka baiklah akhlak kita. Tapi andai buruk akhlak kawan kita, maka begitu jua lah sikap kita. Ana tak cakap semuanya begitu, tetapi segelintirnya begitulah. Satu dalam seribu kalau nak jumpa seorang yang berperawakan seoarang ustaz bergaul dengan sekumpulan mat-mat motor. Betul tak? Jadi, hati-hati dalam memilih teman. 

Pesanan Imam al Ghazali tentang memilih kawan:

1) Pilih kawan yang berakal. Jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

2) Pilih kawan yang berakhlak. Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan diransang nafsu jahatnya. 

3) Pilih kawan yang soleh/solehah. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

4) Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

5) Pilih kawan yang bercakap benar. Jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

" Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya membawa kita mengingati mati, mendengarkan katanya menambahkan lagi ilmu, melihat gerak gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah, berteman dengannya berjuang ke jalan Allah SWT. Sebaik-baik sahabat adalah yang dapat membantu kita melangkah ke SYURGA. Jadi, bertemanlah dengan orang-orang yang beriman lagi berakhlak mulia. 

Pada hari kiamat kelak, orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa. (Surah al Zukhruf : 67)
 Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah dalam memilih sahabat. (Hadis Riwayat Ahmad)
Antara KAWAN dan SAHABAT, banyak bezanya. KAWAN bisa jadi LAWAN. Tapi SAHABAT adalah PENGUBAT. 




2 comments:

  1. peluang untuk memilih itu sllu akn wujud... insyaallah akn dpt bt pilihan yg mmbw kebaikan didunia dn diakhirat..

    perkongsian bt peringatan semua...

    ReplyDelete