WELCOME TO MY BLOG


widget

Tuesday, 31 March 2015

"AKU LEBIH BAIK DARIPADA KAU"



Bacalah dengan nama Tuhanmu... 


Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lantas, Hasan berbisik di dalam hati, "Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!". Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang karam. Kemudian, lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menyelamatkan penumpang perahu tersebut yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang perahu tersebut berhasil diselamatkan. Lelaki tersebut berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada aku, maka dengan nama Allah selamatkan seorang lagi yang belum sempat aku tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang sahaja, sedang aku telah menyelamatkan enam orang".

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata kepadanya, "Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, dan botol itu hanya berisi air biasa, bukannya anggur mahupun arak". Hasan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkan lah aku dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan". Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain. 

Peringatan kepada kita:

 Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah kita memandang rendah saudara seiman kita yang sedang tidur nyenyak. Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah memandang serong kepada saudara seiman kita yang tidak berpuasa sunat. Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah berbanding diri kita. Ilmu Allah amatlah luas. Kesimpulannya, jangan pernah ujub dan sombong pada amalanmu. Sama-samalah kita menghindarkan diri dari penyakit hati ini iaitu sifat-sifat mazmumah yang merosakkan amal ibadat kita. Moga kita terhindar dari sikap bangga diri, sombong, ujub dengan amalan kita sendiri. Jangan sesekali pernah berkata "AKU LEBIH BAIK DARIPADA KAU". 

Semoga Bermanfaat. :)

#islamisthebestwayofourlife 
#liveinmodestytoachievehappiness 
#love.respect.humble 
#love.laugh.live 
#strongfighter 
#isihatimujahiddin




3 comments:

  1. Replies
    1. Eh...en lanun ade rupanya... :) tq sbb sudi visit. ^^

      Delete
    2. sama2...sllu follow this blog... menarik perkongsian..

      Delete